Piagam Sekolah

PIAGAM PELANGGAN
Bahawa kami warga SK Kuala Merotai Tawau berjanji untuk memberikan
Perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-

Murid :

1.    Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
2.    Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
3.    Memastikan semua murid di beri pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.
4.    Memastikan semua murid tahap dua dan murid tahun 3 mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan / permainan.

Staf:

1.    Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
2.    Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.

Waris:

1.    Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
2.    Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
3.    Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.

Kementerian Pelajaran:


1.    Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima.

2.    Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan  perkhidmatan yang diberi sila berjumpa dengan Guru Besar atau hubungi talian 089-750969




Tiada ulasan:

Catat Ulasan